KEGEMARAN PEMANCING MALAYSIA !! Haruan Target "Agresif" yang Mudah Didapati di Seluruh Negeri

 

Haruan merupakan antara ikan kegemaran pemancing kerana mudah didapati di seluruh negeri dan juga antara sebab utama haruan atau toman menjadi kegemaran adalah kerana sifatnya yang “rakus” dan “agresif” dalam mengambil gewang.

 

Antara aksi kegemaran yang paling ramai gunakan dalam memujuk haruan dan toman adalah “Topwater” yang menggunakan gewang yang beraksi di atas permukaan air. Kaedah ini amat berkesan kerana ikan2 ini adalah jenis pemangsa yang amat peka akan bunyi dan pergerakkan air di sekeliling

 

Sifat ikan ini yang rakus mengambil gewang dengan pelbagai aksi akrobatik inilah yang menjadi igauan para pemancing. Sekiranya rezeki boleh melihat letupan yang padu dari sang haruan dan toman. Antara contoh gewang yang terkini didalam pasaran yang amat berkesan memujuk spesis ini seperti:

 

1 SOFT FROG


2 BUZZ BAIT


3 PENSIL 


4 POPPER


5 JUMP FROG



 

Gewang-gewang ini mudah didapati dan juga memiliki ketahanan dalam menahan pertarungan bersama ikan. Ianya juga mampu menarik perhatian ikan dengan aksi atau gerakan seperti “watersplash”, “walk the dog” serta dapat menghasilkan bunyi yang kuat.


 

01 Dec 2022