FISHING CAMPING TREND TERKINI ! Dapat mengeratkan silaturahim dalam memancing
Memancing adalah satu hobi yang semakin mendapat perhatian tidak mengira bangsa, jantina ataupun peringkat umur tetapi sedarkah aktiviti ini dapat dilakukan bersama keluarga mahupun rakan2 melalui “Fishing Camping” berkelah sambil memancing. Antara aktiviti yang dapat dilakukan semasa berkelah adalah seperti:
1 MEMANCING
2 AKTIVITI UNGGUN API
3 MEMASAK
4 MENERAPKAN UNSUR ASAS BERKELAH
Selain memancing berseorangan ataupun bersama rakan aktiviti ini boleh dilakukan bersama ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama sendiri. Aktiviti ini juga sesuai dilakukan bersama anak2 dan isteri kerana ia tidak terlalu berbahaya atau pun “Extreme”.
Sesungguhnya aktiviti riadah ini banyak membawa kesan yang “Positif” sekiranya diterapkan nilai-nilai yang murni. Sekiranya aktiviti ini dilalukan nescaya hubungan sesama keluarga lebih mesra kerana waktu yang terluang diisi bersama.
30 Nov 2022