TENGAH CARI HARUAN KE TU? Ini jenis-jenis gewang untuk casting haruan!
Gewang adalah sejenis umpan tiruan yang popular digunakan untuk casting ikan yang popular seperti haruan. Terdapat pelbagai jenis gewang yang sesuai untuk teknik casting. Untuk lagi mudah kita bahagikan mengikut kategori top water, mid water dan sinking.
Gewang Top Water
Gewang kategori top water direka untuk berenang di permukaan air. Kebanyakkan pemancing suka menggunakan gewang top water bagi mendapatkan kepuasan letupan di permukaan air apabila gewang disambar haruan. Contoh gewang top water yang popular sesuai untuk haruan: Soft frog: Berbentuk katak, mengapung di permukaan dan kebiasaannya mempunyai blade untuk menghasilkan percikan air & getaran di permukaan air untuk menarik perhatian haruan. Contoh model soft frog yang popular di pasaran adalah EXP TUAH FROG, EXP RUGBY FROG & EXP DODO FROG.
Gewang Mid Water
Gewang kategori mid water direka untuk berenang pada kedalaman pertengahan air. Ia sesuai untuk kawasan yang lebih dalam atau apabila haruan tidak mahu menyambar umpan di permukaan. Contoh mid water gewang yang popular: Soft plastic: Berbentuk seperti anak ikan sedang berenang. Kebiasaannya pemancing akan menggunakan hook yang mempunyai pemberat di bahagian tengah untuk mendapatkan action paddle tail SP pada pertengahan air. Contoh SP yang popular di pasaran adalah EXP DOMINATOR SOFT PLASTIC.
Gewang Sinking
Gewang jenis sinking direka khas untuk berenang pada kedalaman yang lebih dalam. Kebiasaanya pemancing akan menggunakan gewang sinking untuk memikat mama haruan yang berada di bahagian dasar apabila ternampak kelompok anak-anak haruan di permukaan air. Contoh gewang sinking: Gewang Spinnerbait: Gewang spinner bait mempunyai bulu yang mempunyai action tersendiri di dalam air. Paling penting spinner bait ada blade yang berputar untuk menghasilkan getaran dalam air & memantulkan cahaya matahari untuk menarik perhatian haruan. EXP MINI JAKO V2 SPINNER BAIT antara gewang sinking yang popular di pasaran.
Kesimpulan
Penting untuk caster ada sekurang-kurangnya 1 gewang bagi setiap katogeri di atas. Ini disebabkan pemakanan & kelaku ikan haruan tidak sama bagi semua spot. Sesetengah haruan di spot lain lebih gemar makan umpan yang tenggelam berbanding top water. Dengan ada pelbagai jenis gewang ini caster akan lebih mudah untuk memujuk haruan di semua spot. Semoga tidak kumpaw!

08 Aug 2024